Monday, April 26, 2010

KOMUNIKASI ANGKASAWAN NEGARA (9W2MUS) DARI ISS STATION DGN GROUND SATELITE STATION 9M2RPN DI PLANETATIUM NEGARA.




  Qsl card di terima semasa berkomunikasi dgn 9w2mus angkasawan negara semasa berada di ISS.Komunikasi di antara-nya melalui satelite stesen di Planetarium negara Kuala Lumpur dgn ISS.

Saturday, April 24, 2010

PETIKAN DARI AKHBAR

Pradas responds


In response to the above, let me clarify the matter as simply as possible:

l The frequency allocated to Pradas by MCMC as mentioned in the article clearly says that it is a commercial frequency and not amateur band.

l Pradas does not undertake the role of the amateur, but Pradas does train newcomers who are keen on becoming amateur radio operators by providing a platform whereby they can learn about and operate a radio unit legally according to procedur es. We use amateur radio guidelines issued by MCMC to train our members, a nd our objective is to have more ham radio operators in Malaysia, even though Pradas is on a commercial band.

PETIKAN DARI AKHBAR

What art thee, Pradas?

Your article Hamming it up (April 4) is misleading on several counts despite seemingly good intentions to promote amateur radio:

·The frequency 142.800 MHz. used by Pradas is not within the allocation of amateur frequencies issued worldwide by ITU.

·This is a commercial undertaking and therefore in violation of amateur creed as defined by ITU as follows:
A service of self-training, intercommunication and technical investigations carried on by amateurs, that is, by duly authorised persons interested in radio techniques solely with a personal aim and without pecuniary interest.
·In the case of Pradas, the so-called callsigns are issued by them and not by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) as in the case of amateur licenses.

PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO.AKTIVITI PERSATUAN RADIO DUA HALA SELANGOR.

AHLI-AHLI Pradas bergambar beramai-ramai semasa menyertai mesyuarat agung persatuan itu di MAEPS, Serdang baru-baru ini. ________________________________________

SEPAKAT. Seramai 100 ahli Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua-Hala Selangor (Pradas) berkumpul membincangkan hala tuju baru persatuan tersebut di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor baru-baru ini.
Pada mesyuarat agung tersebut, semua ahli telah sebulat suara memilih Mohamad Fadzil Omar sebagai Presiden Pradas yang baru manakala Timbalan Presiden pula disandang oleh Rosli Kamis.
Menurut Mohamad Fadzil, mandat yang telah diberikan ahli-ahli Pradas merupakan satu tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan persatuan tersebut.
"Saya mahu semua ahli bersama-sama dengan saya untuk membangunkan Pradas sebagai sebuah persatuan yang bukan sahaja menjadikan radio amatur sebagai hobi malah menjadi salah sebuah persatuan yang menyediakan pelbagai program berbentuk riadah dan rekreasi," katanya.

Wednesday, April 21, 2010

BERKOMUNIKASI DI ECHOLINK

Add Image

Echolink - satu teknologi komunikasi yang menggabungkan internet dan gelombang radio. Ini membolehkan QSO antara stesen radio amatur berhubung sama ada melalui komputer ke komputer atau komputer ke radio atau radio ke radio (melalui interface dan link ke/dari komputer berinternet).

Untuk itu, perisian Echolink perlu didownload dan install ke komputer anda selain perlu mendaftar kepada penyedia perkhidmatan Echolink dengan menghantar bukti (AA) sebagai operator radio amatur yang sah. Maklumat lanjut tentang Echolink sila ke link berikut : http://www.echolink.org/

Monday, April 19, 2010

BERKOMUNIKASI DI-UDARA

Komunikasi frekuensi radio Oleh JULIA ISMAIL dan JUNHAIRI ALYASA rencana@kosmo.com.my Hobi ini memberi peluang kepada penggemarnya berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang.

"PAPA Romeo Golf Sierra anda di mana, saya bersama dengan Papa Romeo Golf Echo sekarang. Handle di sini, Julia, Encik Rosli apa khabar? "Papa Romeo Charlie Sierra, Papa Romeo Golf Sierra kembali. Kalau boleh panggil saya abang Rosli, saya sihat di sini Julia. Mungkin anda boleh ceritakan sedikit tentang diri anda."

Demikian perbualan ringkas penulis dengan salah seorang ahli Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua-Hala Selangor (Pradas) yang tinggal di daerah Seri Manjung, Perak dan penulis pula berada di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Walaupun perbualan penulis tidak mengikut tatacara sebenar pengendali radio amatur tetapi pengalaman yang diperoleh cukup menarik untuk menyelami dunia tersebut.

Sunday, April 18, 2010

ASAS PENGENDALIAN QSO.

Asas Pengendalian QSO Written by 9M4CME - MARES Admin Monday, 19 June 2006 Sedikit panduan dari rakan ham kepada semua rakan ham lain. Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio (QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Terbahagi kepada 7 bahagian:
1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ

Saturday, April 17, 2010

KOD ETIKA RADIO AMATUR


1. Amator Radio Berjiwa Perwira.


Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara untuk kesenangan peribadi sedemikian rupa sehingga mengurangi kesenangan atau pun menyusahkan orang lain.

2. Amator Radio adalah Setia

Ia mendapat izin amator dari pemerintah kerana organisasi nya dan akan setia dan patuh kepada negara nya dan organisasi nya. 


3. Amator Radio adalah Progresif

HOBI RADIO AMATUR

1. Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.