Saturday, April 24, 2010

PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO.AKTIVITI PERSATUAN RADIO DUA HALA SELANGOR.

AHLI-AHLI Pradas bergambar beramai-ramai semasa menyertai mesyuarat agung persatuan itu di MAEPS, Serdang baru-baru ini. ________________________________________

SEPAKAT. Seramai 100 ahli Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua-Hala Selangor (Pradas) berkumpul membincangkan hala tuju baru persatuan tersebut di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor baru-baru ini.
Pada mesyuarat agung tersebut, semua ahli telah sebulat suara memilih Mohamad Fadzil Omar sebagai Presiden Pradas yang baru manakala Timbalan Presiden pula disandang oleh Rosli Kamis.
Menurut Mohamad Fadzil, mandat yang telah diberikan ahli-ahli Pradas merupakan satu tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan persatuan tersebut.
"Saya mahu semua ahli bersama-sama dengan saya untuk membangunkan Pradas sebagai sebuah persatuan yang bukan sahaja menjadikan radio amatur sebagai hobi malah menjadi salah sebuah persatuan yang menyediakan pelbagai program berbentuk riadah dan rekreasi," katanya.

No comments: