Sunday, October 31, 2010

10 METER

10 METER HF CQ CONTEST. 

Pd 30/10 dan 31/10 di 10 m hf di adakan CQ CONTEST. 
Pd hari sabtu 30/10 sempatlah contact 6 station cq contest. 
Pd hari ahad 31/10 tak sempat pula kerana ada urusan luar.  

Stesen yg dpt di hubungi... 

BH7OZG--SHAN JIANG --CHINA.  
28.472 MHZ, USB, 0845 UTC, (59 24,59 28) 

9M2CNC--Richard Everitt--Malaysia. 
28.437 MHZ,USB,0940 UTC, (59 28,59 28) 

VR2XLN--Clive Tang--Hong Kong 
28.428 MHZ,USB,0945 UTC,(59 24,59 28) 

VR2ZQZ--Mr. Igor--Hong Kong  
28.510 MHZ,USB,0955 UTC,(59 24, 59 28) 

B7P--Weiwen Yang--China.  
28.480 MHZ,USB,10:40 UTC,(59 24,59 28) 

BV4VQC--Taiwan. 
28.510 MHZ, USB,0700 UTC, (59 24, 59 28)

Sunday, October 24, 2010

BENGKEL HF

 BENGKEL HF 10 M.
Pd 22/10/10 saya ada tugasan di utara semenanjung iaitu di Alor Setar Kedah, Kebetulan pd mlm tersebut di adakan Bengkel Taklimat mengenai 10 meter HF ,jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mendengar taklimat tersebut.saya dan rakan 9W2ZD-PAK NON ikut turut serta dlm Bengkel taklimat tersebut.
taklimat diadakan di pejabat 9w2usf-bang Amir.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd 9W2DI-Bang Din yg menyampaikan taklimat tersebut.bagus sekali taklimat yg di sampaikan.bagi saya cukup puas hati penerangan tersebut.kpd rakan di utara peminat hf di ucapkan terima kasih dpt kita bertemu pd majlis tersebut, pd mlm tersebut lebih kurang 15 station peminat hf turut serta.9w2 dan 9m2 yg turut sertai ialah....9w2ts,9w2zd,9w2icq,9w2tjg,9w2bds,9w2usf,9w2aze,9w2dce,9m2zm,9m2dan,9w2di(penceramah)
9w2mso,dan beberapa station lagi maaf saya tak ingat.walau apa pun di ucapkan ribuan terima kasih pd semua, terutama nya 9w2di (penceramah).
9w2ts-saad.
Dan ini adalah petikan dari blog 9w2di artikel bengkel tersebut yg di sampaikan.
Saturday, October 23, 2010

Terima kasih atas kehadiran bengkel HF bagi rakan2 9w2...

Salam, Ucapan sekalung terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir kerana ingin menjayakan 10m terutamanya bagi meningkatkan setakah lagi ilmu HAM. Tak lupa juga rakan seangkatan 10m yang jauh tidak dapat hadir, salam anda telah saya sampaikan. Taklimat asas permulaan kali ini banyak mendedahkan ISTILAH di HF yang akan kita ketemui apabila ke udara kelak. Jadi dengan demikian tiada sebarang nota diberi tapi banyak dlm bentuk peta minda. Nampaknya hampir 20 istilah asas HF telah kita rungkaikan pada pertemuan kali ini.
Kebanyakan yang hadir adalah peminat terutama QRP. Tak lupa kepada 9w2ts yang balik dari jauh dan pak non 9w2zd. Cikgu dan 9m2dan turut hadir memberi sokongan Istilah ini kalau kita lihat memang nampak biasa. Namun kita kena tahu sebab seringkali istilah ini digunakan dan jarang kita ketemu di 2m. Biar pun agak berbeza istilah ini, namun kalau sudah biasa ia akan memudahkan kita untuk bekerja di 10m nanti.
Tak sangka 9m2zm hadir dengan 9w2mso. Bang zul juga turut memberi beberapa pendapat dan lepas ini untuk taklimat teknikal antenna kami akan panggil anda semula. Dari jauh hampir 60km bang zul datang rasanya kekuatan 9w2 untuk ke HF akan bertambah lagi.
Enjoy, itu yang dapat saya ungkapkan. Semuanya sporting dan kita tak ambil serius permbentangan ini. Sebab semua nak enjoy di HF. Rakan dapat 20 station dengan 100watts tapi kita dapat 1 dengan 5watts, enjoy dak? Rasanya semua dah paham apa mesej sebenar yang ingin kita bawa. Kita nak maju setapak lagi tanpa meninggalkan rakan dibelakang. Rakan tak tahu kena kena perlu bagitahu. Bukannya tulis dalam blog atau web dan kondem. Bermula dengan detik ini rasanya perngukuhan dari masa kesemasa akan kita teruskan. Akan kita mantapkan minda kita dengan HF ini. Jangan bagi 9m senang senang nak hukum kita akibat kelemahan dalam istilah dan konsep HF. Terima kasih semua, terima kasih 9w2usf kerana sokongan anda selama ini. Tak lupa buat orang kuat kita 9w2aze, 9w2bds dan semua yang lain kerana sokongan anda kali ini. 73..de 9w2di