Wednesday, September 29, 2010

PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO

Tugasan menarik tapi tak wujud - Dr. Mazlan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, semalam menafikan laporan laman berita luar negara bahawa beliau dilantik sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing.

Memetik laman web berita The Guardian melalui blog beritanya di www.guardian.co.uk, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.

“Ia memang menarik bagi menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya,” katanya melalui e-mel kepada The Guardian.

Kelmarin, beliau dilaporkan oleh laman web berita utama Australia, www.news.com.au telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.

Monday, September 27, 2010

PETIKAN DARI AKHBAR-UTUSAN MALAYSIA 27/09/10

Mazlan dapat kepercayaan PBB bercakap dengan makhluk asing

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, adalah selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita Australia www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan berprestij anjuran St. Andrews University di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London, minggu depan.

Wednesday, September 22, 2010

VIRTUAL HF RADIO.

(ALAM MAYA HF)


Anda tiada radio HF? Ingin merasai pengalaman menggunakan radio HF... perisian HAMSPHERE ini mungkin jawapannya...
 http://www.hamsphere.com/
Anda hanya perlu mendaftar dan muat turun (download) persisian ini ke PC atau laptop anda. Selesai proses daftar, muat turun dan dipasang perisian tersebut, PC/Laptop anda menjadi Radio HF...

Perisian ini berfungsi seperti ECHOLINK. Bezanya, dalam perisian HAMSPHERE ini anda hanya RX/TX dalam talian (alam maya HF) dan anda perlu mencari (CQ) stesen lain mengikut band seperti menggunakan HF sebenar.

Saya dah pun cuba perisian ini dan dapat contact beberapa station.